Thursday, October 22, 2009

Program selepas PMR ialah aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang telah berjaya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini. Terdapat pelbagai program yang telah disediakan antaranya pertandingan bola sepak, bola tampar, bola baling, serta banyak lagi aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh panitia masing-masing.

Segala aktiviti serta gambar-gambar menarik akan dipaparkan kemudian.. :D

Saturday, October 10, 2009

Jamuan APC





Satu Jamuan APC telah diadakan di Anjung Ilmu sempena dengan kejayaan guru-guru SMK Bakai menggondol Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2008.

Jamuan yang ditaja sepenuhnya oleh Puan Riazfahani (Kak Riaz), Encik Manaf (Abang Claim) dan Encik Rizal (Abang Rizal) telah dihadiri oleh semua warga SMK Bakai yang semuanya dengan gembira menjamah makanan...

Lihatlah betapa cerianya warga SMK Bakai pada hari ini...Semoga banyak lagi jamuan boleh diadakan untuk mengeratkan lagi silatulrahim dan ukhwah antara warga guru dan staf SMK Bakai...

Kursus Mencipta Blog






Kursus LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) telah diadakan dengan jayanya pada hari ini, 10 Oktober 2009.

Kursus yang bertajuk Kursus Mencipta Blog ini telah diberikan oleh En. Izmi daripada SMK Parit Panjang dan telah dihadiri oleh guru-guru SMK Bakai.

Diharapkan Kursus LDP seterusnya akan menumpukan lagi bidang-bidang baru selaras dengan keperluan profesion keguruan.

Welcome Everyone!!


Welcome everyone from the community of SMK Bakai!!
This is a blog dedicated to the SMK Bakai which is located at Kuala Ketil, the region of Baling and at the state Kedah!!